Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

ISBSF

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Satu inisiatif di bawah NKRA UPT (Pengangkutan Awam Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara), ISBSF diwujudkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas dan menggalakkan rakyat untuk menggunakan bas sebagai mod pengangkutan yang berkesan. Inisiatif ini bertindak sebagai langkah sementara untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi terutamanya di laluan sosial (atau yang kurang menguntungkan).

Melalui penyediaan dana ini, SPAD dapat memastikan operasi yang berterusan di laluan-laluan ini oleh pengendali sekaligus dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bas sedia ada dan menggalakkan lebih ramai penumpang untuk menggunakan bas.

Bermula pada 3 Januari 2012, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM400 juta untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang bersedia untuk meneruskan perkhidmatan mereka di laluan sosial. Pada masa ini, SPAD terus membiayai pengendali yang terlibat dengan dana yang disediakan pada tahun 2015. Pembiayaan ini dijangka diteruskan untuk tahun 2016.

Objektif ISBSF adalah untuk menangani kekurangan dalam operasi harian pengendali bas berhenti-henti bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan. Kedua, dana ini menggalakkan pengendali-pengendali bas berhenti-henti untuk mengaktifkan laluan yang telah ditamatkan perkhidmatan, dan mendorong pengendali dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan memperbaiki keadaan bas.

Merujuk kepada kenyataan “kemampuan untuk beroperasi serta-merta...”, adakah ini merujuk hanya kepada syarikat bas berhenti-henti yang telah menutup laluan? Bolehkah saya memohon bantuan dana ini sekiranya syarikat bas berhenti-henti saya masih beroperasi di laluan sedia ada?

  • Pengendali sedia ada yang masih beroperasi di laluan sedia ada adalah layak untuk memohon dana sementara.
  • Pengendali yang masih beroperasi tetapi telah menutup laluan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan masih layak untuk memohon.

Permohonan

Di mana saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Bila saya boleh mendapatkan borang permohonan tersebut?

  • Bermula pada 3 Januari 2012 dan masih ditawarkan kepada pengendali yang layak di lokasi-lokasi di atas.

Dimanakah saya boleh menghantar borang permohonan?

  • Ibu Pejabat SPAD yang beralamat:
    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
    Block D, Platinum Sentral
    Jalan Stesen Sentral 2
    Kuala Lumpur Sentral
    50470 Kuala Lumpur
    Malaysia

Pembayaran

Bagaimanakah dana bantuan ini akan disalurkan?
Dana bantuan ini akan disalurkan melalui akaun bank pengendali seperti mana yang tercatat dalam perjanjian.

Bilakah pengendali bas berhenti-henti boleh mendapatkan dana tersebut?
Bantuan dana akan diproses apabila “perjanjian” ditandatangani oleh kedua-dua pihak, antara SPAD dan pengendali. Dana tersebut akan dibayar kepada pengendali dalam tempoh 14 hari berikutnya.

Berapa lamakah bantuan dana akan disediakan kepada pemohonan yang berjaya?
Merujuk kepada terma perjanjian antara SPAD dan pengendali bas berhenti-henti, tempoh bantuan ditetapkan selama enam (6) bulan (tertakluk kepada pembaharuan perjanjian selama enam (6) bulan berikutnya).

Penyerahan Dokumen

Berapa lamakah tempoh borang permohonan akan diproses?
Sekiranya pengendali memberi kerjasama dengan memberi maklumat yang diperlukan untuk pemprosesan, tempoh permohonan tidak melebihi empat (4) minggu.

Untuk mendapatkan pembayaran bulanan selepas kelulusan untuk mendapatkan dana, apakah dokumen yang perlu dihantar?
Pengendali dikehendaki menghantar maklumat permohonan berikut dalam tempoh satu (1) minggu pada bulan berikutnya bagi membolehkan penerimaan bayaran pada akhir bulan penghantaran permohonan:

(Jika pengendali tidak dapat menyediakan jumlah kos operasi bagi setiap laluan, mereka boleh mengemukakan akaun pengurusan mereka)

  • Hasil pendapatan bagi setiap laluan
  • Kos oparasi bagi setiap laluan
  • Gaji pemandu
  • Insentif pemandu (sekiranya ada)
  • Kos bahan api
  • Kos pentadbiran dan lain-lain
  • Jumlah penumpang bagi setiap laluan sebulan
  • Jumlah perjalanan bagi setiap laluan
  • Jumlah kilometer perjalanan untuk setiap laluan

Umum

Berapakah jumlah peruntukan yang boleh dipohon?
Penentuan dana yang dipohon hendaklah berdasarkan hasil kutipan, bilangan perjalanan pergi dan balik, jarak yang diliputi dan bilangan hari beroperasi.

Adakah saya perlu menandatangani perjanjian bagi semua laluan yang telah diluluskan? Apakah kesan sekiranya saya berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan di beberapa laluan yang telah diluluskan?
Ya, menandatangani perjanjian bermaksud pengendali bersedia untuk memberi perkhidmatan di semua laluan yang telah diluluskan. Penamatan beberapa laluan yang sedia ada akan menyebabkan dana tidak diagihkan bagi laluan yang tidak aktif. Pengendali akan diminta untuk mengendalikan laluan-laluan yang ditamatkan atau menyerahkan permit bagi setiap laluan sekiranya mereka tidak dapat mengendalikannya.

Apakah kriteria utama bagi pengagihan dana?
Kriteria utama adalah melalui penilaian keperluan perkhidmatan dan jangkaan jumlah penumpang dalam kawasan tersebut. SPAD akan memantau jumlah penumpang setiap bulan bagi mengenal pasti keupayaan laluan yang berkaitan.

Apakah yang akan terjadi sekiranya dana tidak mencukupi untuk menampung kos operasi? Bolehkah Pengendali menamatkan perjanjian?
Pengagihan dana kepada pengendali akan disemak dari semasa ke semasa. Pengendali boleh memaklumkan secara betulis kepada SPAD sekiranya dana yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk menampung kos operasi. SPAD akan memutuskan sama ada untuk meluluskan peruntukan tambahan atau sebaliknya adalah berdasarkan tuntutan dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pengendali.

Pengendali boleh menamatkan perkhidmatan di laluan secara bertulis dan SPAD berhak untuk melantik pengendali lain yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan di laluan tersebut.

Apakah yang akan terjadi sekiranya Pengendali menghentikan operasi setelah permohonan diluluskan?
Sekiranya bayaran telah dimasukkan ke dalam akaun pengendali, pengendali WAJIB mengembalikan keseluruhan jumlah yang telah dimasukkan ke dalam akaun pengendali kepada SPAD dalam tempoh sebulan.
Kelewatan bayaran balik akan dikenakan faedah ke atas jumlah terkumpul pembiayaan. Kadar faedah yang dikenakan bersamaan dengan kadar (“Malaysian Government Securities”) MGS pada tarikh penamatan.

Siapakah yang memutuskan untuk menolak permohonan dan bolehkah pengendali mengemukakan rayuan?
SPAD boleh memutuskan untuk menolak permohonan berdasarkan kriteria mandatori dan dokumen yang dikemukakan semasa menghantar borang permohonan. Jika permohonan ditolak, Pengendali boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada SPAD.

Bagaimana orang awam boleh mendapat manfaat daripada dana bas berhenti-henti?
Dana ini disediakan untuk memastikan perkhidmatan bas berhenti-henti akan disediakan dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kebolehcapaian perkhidmatan yang disediakan.

Sebagai orang awam, bagaimanakah kami boleh mengemukakan aduan sekiranya perkhidmatan yang disediakan tidak memuaskan?
Aduan berhubung perkhidmatan yang tidak memuaskan boleh dikemukakan melalui talian bebas tol 1800-88-7723 dan juga melalui laman sesawang SPAD www.spad.gov.my.

image1. Bagaimana untuk memohon Dana ISBSF?

  • Langkah 1: Muat turun dan cetak borang permohonan dari laman sesawang SPAD. Muat turun borang
  • Langkah 2: Isi borang dan lampirkan bersama semua dokumen yang diperlukan.
  • Langkah 3: Hantar borang permohonan dan dokumen-dokumen yang berkenaan kepada:
    ISBSF Taskforce
    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
    Block D, Platinum Sentral
    Jalan Stesen Sentral 2
    Kuala Lumpur Sentral
    50470 Kuala Lumpur

Dokumen apa yang perlu dihantar untuk memohon Dana ISBSF?

Untuk pembayaran permulaan, pemohon perlu mengemukakan:

No. Jenis Dokumen* Syarat
1 Akaun yang telah diaudit 2 tahun terkini
2 Profil Syarikat Borang 24, 49, nama pemegang saham atau borang-borang lain
3 Maklumat Operasi (Bahagian B) 6 bulan terakhir
4 Surat Angkutan 6 bulan terakhir
5 Akaun Pengurusan 6 bulan terakhir
6 Penyata KWSP atau SOCSO Untuk setiap pemandu
7 Penyata sewa beli + Insurans (jika ada) Usia bas kurang dari 6 tahun (keutamaan)

Jika pengendali layak untuk menerima dana, pembayaran akan diproses dalam masa kurang dari empat (4) minggu dan surat perjanjian akan dikeluarkan untuk tempoh kontrak selama enam (6) bulan.

Selepas mendapat pembayaran awal, pengendali perlu menyediakan dokumen untuk penyerahan bulanan bagi membolehkan SPAD memproses pembayaran berikutnya.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk penyerahan bulanan adalah seperti berikut:

No. Jenis Dokumen* Syarat
1 Maklumat operasi Harian, ringkasan dan keseluruhan
2 Surat angkutan Jika perlu
3 Akaun pengurusan Bulanan

* Templat dokumen disediakan (rujuk pautan Kandungan Muat Turun )

Setelah tamat kontrak, pasukan petugas akan menjalankan pemeriksaan audit untuk menilai sama ada pengendali mematuhi keperluan perjanjian tersebut.

  1. Borang Permohonan
  1. Templat Dokumen :
    Penyerahan Awal
    • Surat angkutan (6 bulan)
    • Akaun pengurusan(6 bulan)
    • Maklumat Operasi (6 bulan)
    • Borang ringkasan sewa beli
  1. Penyerahan Bulanan
    • Surat angkutan
    • Akaun pengurusan
    • Maklumat operasi harian
    • Ringkasan maklumat operasi

Pembayaran akan bergantung kerugian yang dialami oleh pengendali di setiap laluan perkhidmatan. Faktor yang menyumbang adalah kilometer kendalian setiap bulan dan kutipan hasil pada setiap laluan perkhidmatan.

No. Parameter Perkhidmatan Standard Perkhidmatan
1 Kebolehpercayaan Perkhidmatan
1.1 Bilangan perjalanan
  • Sekurang-kurangnya 80% daripada perjalanan yang telah dijadualkan.
1.2 Kekerapan yang dijadualkan
  • Bas hendaklah mematuhi kepada kekerapan yang dijadualkan.
  • Sebarang kelewatan tidak lebih daripada 15 minit.
2 Pematuhan Terhadap Undang-undang
2.1 Pelanggaran trafik dan alam sekitar ke atas semua perkhidmatan bas
  • 100% pematuhan dengan undang-undang dan peraturan lalu lintas serta alam sekitar.
2.2 Kesalahan jenayah oleh kakitangan pengendali bas
  • Mempunyai karakter yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah di Malaysia atau di tempat lain.
3 Ketersediaan Perkhidmatan
3.1 Laluan perkhidmatan
  • 100% pematuhan bagi meluluskan laluan.

  • Perjalanan bas MESTI bermula dari terminal / pertukaran yang ditetapkan.

4 Keselesaan Perkhidmatan
4.1 Keadaan bas
  • Pengendali hendaklah memastikan bahawa keadaan luaran dan dalaman semua kenderaan yang digunakan dalam Perjanjian dibasuh sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
5 Maklumat
5.1 Kewujudan perkhidmatan maklumat terkini
  • Menyediakan perkhidmatan hotline dan / atau menyediakan maklumat dalam laman sesawang untuk perancangan perjalanan penumpang.

  • Memaparkan termometer laluan dan jadual di semua pertukaran bas / terminal.

  • Memaparkan termometer laluan dan jadual di perhentian bas terpilih.

  • Memaparkan termometer laluan dan jadual di dalam bas.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan SPAD di: 1800 – 88 – SPAD (7723)

Sehingga Jun 2013, 80 pengendali telah menerima ISBSF di Semenanjung, 20 pengendali di Sabah dan Sarawak. Butir-butir adalah seperti berikut:
Negeri Layak
Kedah 5
Pulau Pinang 1
Perak 17
Melaka 2
Negeri Sembilan 7
Johor 19
Terengganu 5
Pahang 11
Kelantan 1
Selangor 5
Kuala Lumpur 7
Jumlah 80
Sabah 7
Sarawak 13
Jumlah 20

Jumlah saiz sampel bagi Kajian Kepuasan Penumpang setakat 20 Disember 2012 adalah sebanyak 3,102 penumpang dengan faktor demografi seperti di bawah:

image

Faktor paling utama, penumpang ditinjau menggunakan bas kerana:

  • Akses yang mudah
  • Tiada atau pilihan pengangkutan yang terhad
  • Maklumat laluan

Tiga isu utama yang dihadapi ketika perjalanan dengan bas adalah:

  • Masa menunggu yang lama
  • Tiada kemudahan yang disediakan untuk penumpang OKU
  • Kesesakan lalu lintas
  • Penumpang ditinjau menggunakan bas untuk pelbagai tujuan
  • Lebih daripada 1/2 penumpang yang dikaji menggunakan bas kurang daripada 5 kali seminggu
  • Kira-kira 1/5 ditinjau terpaksa menunggu lebih daripada 30 minit bagi perkhidmatan bas

Berdasarkan kaji selidik, penumpang yang ditinjau sekurang-kurangnya sederhana dengan perjalanan yang dijadualkan berserta kekerapan. Walau bagaimanapun, kira-kira 26% yang ditinjau menyatakan bahawa bas lewat melebihi 20 minit.

Berdasarkan kaji selidik ini juga, penumpang yang ditinjau percaya perkhidmatan bas memberikan tahap keselamatan secara sederhana.

Berdasarkan kaji selidik ini, kira-kira 95% penumpang yang ditinjau menyatakan bahawa pengendali mengikuti laluan yang sama. Ini meningkatkan keyakinan mengenai perkhidmatan bas. Kira-kira 37% penumpang berpuas hati pengendali beroperasi waktu yang sama setiap hari, manakala 60% menyatakan kadang kala bas beroperasi jam yang sama setiap hari.

Pengguna boleh memberi maklum balas dan aduan mereka kepada SPAD melalui borang maklum balas atas talian.

E-Perkhidmatan Pengusaha Kenderaan