Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

 

 

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) adalah satu usaha Kerajaan Pusat untuk menghargai peranan pemandu teksi sebagai penyedia perkhidmatan di dalam sistem pengangkutan awam darat.

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang disalurkan oleh SPAD bersama dengan Kad Mesra PETRONAS ini turut memberi perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi sehingga RM50,000*

Skim ini akan disalurkan kepada 67,000 pemandu teksi di seluruh negara yang memiliki kad pemandu SPAD yang masih sah dan aktif. Dengan adanya bantuan ini, pihak Kerajaan berharap akan dapat membantu mengurangkan kos operasi pemandu teksi.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

 

 

KELEBIHAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA

  1. Kad Bantuan Teksi 1Malaysia sebanyak RM800 ini boleh digunakan untuk mengisi bahan api petrol dan NGV di seluruh negara.
  2. Daftar Kad Mesra dengan mudah melalui SMS, SMS : KADMESRA 17 digit nombor kad Nombor KP Nama. Hantar ke 36732.
  3. Untuk menikmati pelan perlindungan insurans Kad Mesra-AXXESS, sila layari www.axxess. com.my/petronas-mesra-register.php untuk mendaftar. Sila pastikan anda mendaftar Kad Mesra anda terlebih dahulu.

*Untuk pemegang Kad Mesra sedia ada, anda boleh menggantikan dan menggabungkan Kad Mesra sedia ada kepada Kad Bantuan Teksi 1Malaysia. Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila hubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181 untuk mengaktifkan kad anda.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA SAYA HILANG?

Sila hubungi talian Mesralink 1-300-88-8181 sekiranya kad anda hilang. Kesemua transaksi kad akan di sekat setelah pemegang kad membuat aduan dan sehingga kad baru di keluarkan.

 

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia boleh didapati di pejabat SPAD di Semenanjung Malaysia dan pejabat LPKP Sabah/Sarawak :

ALAMAT

Aras 10, Tower 1 Wisma Amfirst,
Jalan SS7/15, 47301 Kelana Jaya,
Selangor

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

03 7885 3400

ALAMAT

One Precinct 1C-1-01,
Lengkok Mayang Pasir,
11950 Pulau Pinang

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

04 638 4771

ALAMAT

Wisma SPAD, Lot 2182,
Jalan Bukit Kecil,
21100 Kuala Terengganu

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

09 624 1111

ALAMAT

Aras LG, Menara MSC Cyberport
No.5, Jalan Bukit Meldrum
80300 Johor Bahru

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

07 2188 488

ALAMAT

Aras 4, Blok C dan D,
Bangunan KWSP, 49,Jalan Karamunsing
88000 Kota Kinabalu

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

088 238 245

ALAMAT

Aras 12, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang 3, 93300
Kuching

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

082 412 073

 

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)

  • Pejabat SPAD Kelana Jaya
  • Pejabat SPAD Putrajaya
  • Pejabat SPAD Pulau Pinang
  • Pejabat SPAD Kuala Terengganu
  • Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17 April hingga 16 Julai 2018)

  • Cawangan SPAD UTC Kuantan
  • Cawangan SPAD Melaka
  • Cawangan SPAD UTC Ipoh
  • Cawangan SPAD UTC Alor Setar
  • Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
  • Cawangan SPAD Langkawi

 

 

E-Perkhidmatan Pengusaha Kenderaan