Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PROJEK LANDASAN KERETAPI DARI SUBANG KE TERMINAL SKYPARK SUBANG

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

 


 

TUJUAN

Memberi penerangan ringkas berhubung perlaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang serta mengumpul maklum balas dari orang awam berhubung projek tersebut.

TEMPAT PEMERIKSAAN AWAM

  1. Majlis Bandaraya Shah Alam
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  4. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
  5. KL Sentral

                                                                                                     

TARIKH PEMERIKSAAN AWAM BERMULA DAN TAMAT : Dari 2 Disember 2013 sehingga 28 Februari 2014.


RINGKASAN PROJEK

Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang merupakan satu projek di bawah Kementerian Pengangkutan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel kepada pengguna Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) khususnya serta kepada penduduk kawasan sekitar  secara amnya.

Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik akan mengguna pakai sistem sedia ada di Lembah Klang yang menyediakan perkhidmatan kereta api KTM Komuter.

Landasan berkembar tersebut bermula dari km17.37 di Seksyen Subang Jaya – Batu Tiga sepanjang 8.157km dan berakhir di Stesen Terminal Skypark yang terletak di hadapan Terminal 3 Lapangan Terbang SAAS.

Pembinaan landasan berkembar turut melibatkan Sistem Elektrifikasi 25kV, Sistem Persemboyanan dan Komunikasi serta kawalan terus dari Pusat Kawalan Kereta api di KL Sentral. Perkhidmatan KTM Komuter dari KL Sentral ke Terminal Skypark secara ulang-alik akan disediakan apabila projek tersebut siap sepenuhnya kelak.

Dalam masa yang sama, integrasi sistem perkhidmatan KTM Komuter dengan sistem perkhidmatan LRT dapat dilaksanakan di Stesen Subang Jaya apabila kedua-dua projek tersebut siap sepenuhnya.

Projek landasan berkembar tersebut dibahagikan kepada dua (2) seksyen iaitu Seksyen atas tanah (at-grade) sepanjang 4.09km dan Seksyen landasan bertingkat (elevated) sepanjang 4.067km yang akan dibina di sepanjang jajaran Sungai Damansara.

Projek di atas melibatkan pembinaan satu stesen iaitu Stesen Terminal Skypark di Ch 8.000 yang turut melibatkan pembinaan platform sepanjang 150m.

TARIKH MULA PROJEK: 21 Februari 2013
TARIKH TAMAT PROJEK : 20 Februari 2016


KELEBIHAN DAN MATLAMAT PROJEK

Menyediakan pengangkutan awam berasaskan rel kepada pengguna Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta penduduk sekitar untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan seterusnya ke KLIA Sepang. Perkhidmatan rel yang mesra alam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sedia da serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan jaringan integrasi degan sistem pengangkutan rel antara KTMB, LRT serta MRT.

 

SISTEM YANG DIGUNAKAN

Sistem komunikasi serta persemboyanan bagi sektor Subang Jaya ke Terminal Skypark boleh dikawal terus dari Pusat Kawalan Kereta Api (CTC).

Sistem persemboyanan dwi arah yang dikawal secara automatik berdasarkan pergerakan kereta api dengan sistem persemboyanan lampu tiga aspek. Sistem persemboyanan secara blok dengan sistem pengira gandar (axle counter) dan litar landasan di kawasan stesen.

Sistem komunikasi dengan sistem transmisi digital SDH STM-4 untuk segala medium komunikasi di stesen dan penyepaduan ke CTC KL Sentral. Sistem komunikasi turut melibatkan FIBERAIL dan TM FIBER.

Sistem elektrifikasi talian atas 25KV AC 50HZ (fasa tunggal) sedia da di Lembah Klang akan diguna pakai bagi projek ini. Sistem elektrifikasi bagi sektor Subang Jaya – Terminal Skypark turut akan diintegrasikan ke Pusat Kawalan Elektrik (ECR) di CTC Sentral.

 

BILANGAN GERABAK

KTM Komuter Class 81 / 82 / 83 (set 3 gerabak)

 

KEUPAYAAN MUATAN

400 (keseluruhan) / 200 tempat duduk

 

KEKERAPAN PERKHIDMATAN

15 / 30 Minit (Masa puncak / Masa biasa)

 

JENIS STESEN

Stesen utama / Terminal

 

JENIS PLATFORM

Platform sisian

 

JADUAL KEMUDAHAN DI STESEN

Medan tempat letak kereta dan motosikal, tandas OKU, tandas biasa, tanjakan berserta ‘Railing’, lif, eskalator, CCTV, sistem maklumat penumpang, sistem hebahan, gerai, surau, bilik Polis Bantuan, kaunter tiket, mesin tiket.

 

CIRI – CIRI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

Penggunaan pintu hadangan api, sistem amaran kebakaran automatik, sistem pemadam kebakaran boleh alih, pili bomba.

 

STRUKTUR TAMBANG YANG DICADANGKAN

Jangkaan harga tambang perkhidmatan KTM Komuter dari Terminal Skypark ke Subang Jaya adalah dari RM 1.20 – RM 1.50.


CIRI - CIRI TEKNIKAL

  • Persemboyanan automatik sepenuhnya dengan Perlindungan Kereta api Automatik
  • Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya
  • Tambahan 8 set bagi 30 minit kekerapan (3 kereta setiap kereta api)
  • Kekerapan reka bentuk : 15 minit / 30 minit bagi masa puncak dan masa bukan puncak
  • Purata kelajuan : 60km/j
  • Bilangan stesen : 1 stesen di Terminal Skypark
  • Panjang landasan berkembar : 8.157 km
  • Waktu perkhidmatan : Jam 0600 – Jam 2400
  • Jenis platform : platform sisian

 

Komunikasi

  • Disepadukan sepenuhnya dengan sistem sedia ada
  • Liputan sistem komunikasi sepenuhnya
  • Paparan maklumat penumpang
  • Kamera litar tertutup di kawasan stesen / platform
  • Sistem pengumuman awam
  • Kawalan kereta api berpusat di CTC KL Sentral
  • Infrastruktur gentian optik

 

Landasan

  • Landasan untuk operasi yang selamat
  • Tahap hingar dan gegaran yang rendah
  • Sepadan dengan sistem landasan berkembar yang baru
  • Keselesaan penumpang
  • Tolok landasan 1 meter dengan komponen rel UIC 54 E1 dan penggalas konkrit

 

Persemboyanan

  • Memastikan kelajuan operasi kereta api yang selamat
  • Mengawasi pergerakan kereta api dan ketetapan berdasarkan jadual kereta api
  • Penyepaduan dengan sistem persemboyanan sedia ada
  • Pergerakan dua hala (bi-directional) di kedua-dua landasan
  • Kelajuan maksimum 110km/j
  • Pengesanan kereta api berterusan
  • Reka bentuk saling kekunci (interlocking) untuk menghindar perlanggaran dan kegelinciran
  • Penetapan laluan automatik

 

Bekalan kuasa

  • Bekalan elektrik dari Stesen Penyuap (Feeder Station) Subang Jaya
  • Pengawalan bekalan kuasa dari Pusat Kawalan Elektrik CTC KL Sentral
  • Mengguna pakai sistem bekalan talian atas sediada 25kV AC 50Hz satu fasa

 

Tambang automatik

  • Sistem tambang tertutup
  • Mesin jualan tiket dan kaunter tiket
  • Penyepaduan dengan sistem pengangkutan lain pada masa hadapan
  • Sistem AFC sedia ada akan dinaiktarafkan untuk menampung peningkatan bilangan penumpang

 

Pengendalian dan penyelenggaraan

  • Pelan keselamatan operasi untuk penumpang dan kakitangan
  • Depot senggara untuk kereta api sedia ada

CIRI -CIRI KESELAMATAN

Menepati peraturan – peraturan keselamatan Malaysia yang berkaitan

 

Stesen

  • Pencahayaan yang baik
  • Sistem kawalan keselamatan
  • Dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup
  • Kakitangan stesen
  • Alat pengesan asap / api

 

Stok kereta

  • Perlindungan kereta api automatik
  • Kereta api dikawal pemandu

 

Landasan

  • Selamat untuk beroperasi
  • Pagar keselamatan di sepanjang jajaran untuk mencegah pencerobohan
  • Laluan keselamatan pejalan kaki

 

Semboyan dan kawalan

  • Sistem persemboyanan sepenuhnya dengan perlindungan kereta api automatik
  • Pengawalan pusat kawalan operasi kereta api di CTC KL Sentral

UNTUK PERTANYAAN LANJUT

Sila hubungi

 

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
En. Ismail Said
Tel. No. : 03-2263 1270
Email: ismailsa@ktmb.com.my

 

KONSORTIUM SKYPARK LINK – LION PACIFIC
Puan Syarwani Bt. Abd Kadir @ Jaafar
Tel. No. : 03-7832 6635
Email: syarwani@skyparklink.com

 

KL CONSULT ASSOCIATES SDN. BHD.
En. Arshad B. Puasa
Tel. No. : 03-7832 6635
Email: skyparkrail@klconsult.com