Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

PENAMBAHBAIKAN RANGKAIAN myBAS SEREMBAN

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Rabu, 2 Ogos 2017

KENYATAAN MEDIA

PENAMBAHBAIKAN RANGKAIAN myBAS SEREMBAN

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2017 – Dalam usaha berterusan untuk mempertingkatkan perkhidmatan myBAS di Seremban, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melaksanakan penambahbaikan rangkaian laluan bas tersebut.

Penambahbaikan ini melibatkan 17 laluan utama dan 5 laluan perantara yang akan menawarkan sistem pengangkutan yang lebih bersepadu meliputi jarak sebanyak 728 km berbanding 27 laluan sedia ada yang sebelum ini hanya meliputi jarak sebanyak 578km.

Melalui penambahbaikan ini, semua laluan bas utama dan laluan bas perantara akan dihubungkan ke tiga terminal utama iaitu Terminal 1 Seremban, Terminal Nilai Sentral dan Terminal Port Dickson untuk meningkatkan kesalinghubungan kepada penggunanya.

Dibawah penambahbaikan ini, dua laluan baru bas perantara myBAS Seremban telah diperkenalkan, F300: Bandar Port Dickson dan F500: Bandar Seremban, yang beroperasi dari 7:00 pagi hingga 8:00 malam dan 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap kekerapan 20 minit.

SENARAI LALUAN BAS UTAMA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

No. Bas

Laluan

Masa Operasi

T10a

Terminal 1 Seremban – Terminal Bahau via Juaseh

5.40a.m.–10.00p.m.

T10b

Terminal 1 Seremban – Terminal Bahau via Batu Kikir

6.00a.m.–10.30p.m.

T30a

Terminal 1 Seremban – Terminal Port Dickson via Springhill

6.00a.m.–10.00p.m.

T30b

Terminal 1 Seremban – Terminal Port Dickson via Simpang Siliau

6.30a.m.–9.30p.m.

T31

Terminal 1 Seremban – Pekan Linggi

6.00a.m.–10.00p.m.

T32

Terminal Port Dickson – Polymall Port Dickson

6.00a.m.–9.00p. m.

T50

Terminal 1 Seremban – Terminal Nilai Sentral via Mantin

6.00a.m.–10.00p.m.

T51

Terminal Nilai Sentral – Desaria Nilai 3

7.00a.m.–10.00p.m.

T52

Terminal 1 Seremban – Terminal Nilai Sentral via Labu

6.30a.m.–9.30p.m.

T53

Terminal 1 Seremban – Terminal Port Dickson via Rantau

6.00a.m.–10.00p.m.

T54

Terminal 1 Seremban – Balai Bomba – Seremban 2

6.30a.m.–9.45p.m.

T55

Terminal Nilai Sentral – Bandar Enstek – Politeknik Nilai

6.30a.m.–9.30p.m.

T56

Terminal 1 Seremban – Politeknik Nilai

6.00a.m.–10.00p.m.

T57

Terminal Nilai Sentral – KLIA/KLIA 2

4.45a.m.–11.25p.m.

T60a

Terminal 1 Seremban – Terminal Tampin via Senawang

6.00a.m.–10.00p.m.

T60b

Terminal 1 Seremban – Terminal Tampin via Seremban Jaya

6.30a.m.–10.30p.m.

T70

Terminal 1 Seremban – MRSM Kuala Klawang

6.00a.m.–9.00p.m.

 

SENARAI LALUAN PERANTARA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

No. Bas

Laluan

Masa Operasi

F505

Terminal 1 Seremban – Taman Bukit Mutiara (Loop)

7.00a.m.–10.00p.m.

F508

Terminal 1 Seremban – Taman Desa Rhu (Loop)

6.45a.m.-9.45p.m.

F513

Terminal Nilai Sentral – USIM (Loop)

6.30a.m.–9.30p.m.

F300 (BARU)

Bandar Port Dickson

7.00a.m.–8.00p.m.

F500 (BARU)

Bandar Seremban

7.00a.m.–10.00p.m.

Penambahbaikan rangkaian baharu myBAS Seremban ini dijangka akan memberi manfaat serta kemudahan yang menyeluruh bagi pengguna untuk tujuan kerja, sekolah dan ke pusat kawasan.

|Muat turun fail|

Media