Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

PINDAAN KEPADA AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT APAD (2010) YANG DILULUSKAN PARLIMEN AKAN MEMBUKA JALAN BAGI PENAMBAHBAIKAN KEPADA INDUSTRI TEKSI

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Jumaat, 28 Julai 2017

KENYATAAN MEDIA

PINDAAN KEPADA AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT APAD (2010) YANG DILULUSKAN PARLIMEN AKAN MEMBUKA JALAN BAGI PENAMBAHBAIKAN KEPADA INDUSTRI TEKSI

Kuala Lumpur, 28 Julai 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyambut baik pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) oleh Parlimen semalam.

Pembentangan pindaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri yang telah diluluskan di Dewan Rakyat merangkumi peruntukan untuk memberi kuasa kepada SPAD bagi mengawal selia perkhidmatan yang menggunakan aplikasi e-hailing. Pindaan tersebut juga akan mempertingkatkan tahap industri teksi melalui pengenalan rangka kerja pengawalseliaan yang dilaksanakan sejajar dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP).

Pindaan kepada APAD ini adalah untuk memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan e-hailing mengguna pakai standard keselamatan dan perkhidmatan yang tertinggi, melalui pemeriksaan latar belakang mandatori oleh SPAD, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Ia juga akan memberikan Suruhanjaya kuasa untuk memperkenalkan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan seperti mewajibkan pengendali perkhidmatan e-hailing untuk menyerahkan kepada SPAD maklumat berkaitan data perjalanan dan kenderaan-kenderaan mereka yang akan digunakan bagi perancangan pengangkutan awam darat.

Sementara itu, tambang e-hailing tidak akan dikawal selia di bawah pindaan APAD dan akan ditentukan oleh kuasa pasaran. Manakala, pindaan ini juga akan memberikan pilihan kepada pemandu teksi bermeter untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui penggunaan harga tambang dinamik apabila mereka menggunakan aplikasi e-hailing, di samping mengambil penumpang di bahu jalan dengan menggunakan kadar tambang teksi bermeter.

Kelulusan pindaan ini membuktikan kepimpinan Kerajaan yang memahami bahawa sistem pengawalseliaan perlu berubah mengikut aliran masa unutk menggalakkan inovasi bagi meningkatkan pertumbuhan industri. Perubahan-perubahan ini adalah wajar dan akan berupaya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, pada masa yang sama perkembangan ini dapat menyediakan satu medan persaingan yang adil bagi industri teksi melalui penggunaan teknologi serta pendekatan yang lebih responsif kepada kuasa pasaran.

SPAD akan menggariskan butiran yang lebih lanjut mengenai pindaan APAD ini, serta impak perundangan terhadap industri teksi dan perkhidmatan e-hailing dalam jangka masa terdekat.

|Muat Turun Fail|

Media