Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

SPAD MENGGALAKKAN ORANG AWAM MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT SEMPENA SUKAN SEA 2017 DAN SUKAN PARA ASEAN

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Isnin, 7 Ogos 2017

KENYATAAN MEDIA

SPAD MENGGALAKKAN ORANG AWAM MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT SEMPENA SUKAN SEA 2017 DAN SUKAN PARA ASEAN

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesyorkan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam darat untuk ke acara-acara Sukan SEA ke-29 daripada 14 sehingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan diadakan daripada 17 sehingga 23 September 2017.

Para penonton diingatkan bahawa penutupan jalan secara separa atau sepenuhnya akan dilaksanakan ketika majlis perasmian dan penutup bagi Sukan SEA sedang berlangsung. Sempena acara berskala besar ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada atlet, sukarelawan dan pegawai daripada 11 negara Asia Tenggara di KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil). Justeru itu, SPAD sedang bekerjasama dengan pengendali seperti Prasarana dan KTMB untuk memanjangkan waktu operasi perkhidmatan tren bagi memastikan penonton yang menghadiri majlis pembukaan dan penutupan, akan disajikan akses yang mencukupi untuk ke KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil) menggunakan pengangkutan awam.

Sempena acara pembukaan dan penutupan, waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling di stesen Bukit Jalil akan masing-masing dilanjutkan sehingga 1 pagi dan 2 pagi. Pengguna yang bergerak keluar dari stesen Bukit Jalil boleh bertukar ke semua perkhidmatan Rapid Rail yang lain, termasuk LRT laluan Ampang, LRT laluan Kelana Jaya Line, MRT Sungai Buloh-Kajang dan Monorel untuk ke destinasi masing-masing. Untuk makluman, penumpang hanya boleh keluar/turun daripada stesen-stesen tersebut. Manakala, perkhidmatan KTM Komuter juga akan dilanjutkan bagi acara pembukaan dan penutupan, butiran sepenuhnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagi menyokong perkhidmatan rel tersebut, 60 bas khas akan disediakan oleh RapidKL dengan kekerapan 10-15 minit, daripada 7 lokasi untuk ke Stadium Bukit Jalil dan sebaliknya. Bagi memudahkan pengguna, papan destinasi elektronik bas-bas ini akan memaparkan "KL SEA Games 2017". Di bawah adalah senarai maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas:

Perkhidmatan Bas Khas

Lokasi Permulaan

(ke Bukit Jalil)

Acara Perasmian

19 Ogos 2017

Acara Penutup

30 Ogos 2017

KL SEA GAMES 1

Terminal Jalan Reko, Kajang

Perkhidmatan ke Stadium Bukit Jalil daripada 5.00ptg – 8.00ptg.

 

Perkhidmatan daripada Stadium Bukit Jalil akan beroperasi daripada 10.30ptg sehingga 1.00pg.

Perkhidmatan ke Stadium Bukit Jalil akan beroperasi daripada 5.00 ptg -  8.00 ptg.

 

Perkhidmatan daripada Stadium Bukit Jalil akan beroperasi daripada 10.30ptg sehingga 2.00pg.

KL SEA GAMES 2

Ampang Point, Ampang

KL SEA GAMES 3

Greenwood, Gombak

KL SEA GAMES 4

Hentian Bandar Shah Alam

KL SEA GAMES 5

KLCC Bus Stop

KL SEA GAMES 6

Platform C, Pasar Seni

KL SEA GAMES 7

Di hadapan NU Sentral, KL Sentral

Daripada 28 lokasi acara sukan tersebut, 26 berada di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam darat yang termasuk laluan Hijau bagi perkhidmatan bas percuma GoKL, iaitu daripada KLCC ke Bukit Bintang. Di samping itu, sebelas laluan bas Rapid yang ada telah diubahsuai untuk memastikan kesalinghubungan ke 5 lokasi acara sukan dapat disediakan dengan kekerapan di antara 10 sehingga 60 minit:

Perkhidmatan bas pengantara Rapid

Lokasi Sukan SEA

752. T756, T755

Panasonic Stadium, Shah Alam

T773

National Shooting Range, Subang

850, 851, 852, T821

MiTEC, Jalan Duta

T818, 850

Bukit Kiara Sports Complex

T810

Empire City

Sebanyak 13,000 sukarelawan dan 2,500 wakil media akan diberikan pas percuma untuk menggunakan perkhidmatan Prasarana yang termasuk LRT/Monorel/BRT/MRT /RapidKL /Bas Pengantara MRT daripada 14 sehingga 31 Ogos 2017 untuk menyokong Sukan SEA ke-29 dan daripada 16 sehingga 24 September 2017 untuk menyokong Sukan Para ASEAN Ke-9.

"Dua ratus kakitangan SPAD, termasuk pegawai penguat kuasa, akan bertugas bagi memberikan maklumat kepada orang ramai, serta membantu menyelaraskan pengangkutan ke lokasi-lokasi acara sukan bersama pengendali pengangkutan awam darat," tambah Suruhanjaya. Manakala, orang ramai juga disarankan  untuk menggunakan perkhidmatan Rapid Rail ke destinasi Sukan SEA dengan menikmati diskaun 50% yang efektif sehingga 31 Ogos 2017.

Suruhanjaya akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia bagi mengenal pasti lokasi-lokasi pengambilan dan penurunan penumpang untuk perkhidmatan bas. SPAD juga akan bekerjasama dengan rapat Bersama pengendali dan penganjur untuk memastikan papan tanda yang mencukupi disediakan bagi memaklumkan orang ramai mengenai perhentian bas yang telah ditetapkan.

|Muat Turun Fail|

Media