Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

PENYUSUNAN SEMULA LALUAN MYBAS IPOH BAKAL MENYEDIAKAN LIPUTAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Jumaat, 9 Mac 2018

KENYATAAN MEDIA

PENYUSUNAN SEMULA LALUAN MYBAS IPOH BAKAL MENYEDIAKAN LIPUTAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK

IPOH, 9 MAC 2018 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan penyusunan semula rangkaian laluan myBAS Ipoh bagi meningkatkan liputan perkhidmatan di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) yang akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Mac 2018.

Penyusunan semula laluan myBAS Ipoh ini akan menawarkan jaringan liputan yang lebih menyeluruh iaitu merentasi 16 laluan yang merangkumi jarak keseluruhan 367 km, berbanding 19 laluan yang sedia ada yang merangkumi jarak 314 km. Kesemua laluan ini akan dihubungkan kepada dua (2) terminal utama iaitu Terminal Medan Kidd dan Terminal Amanjaya.

Penambahbaikan rangkaian ini turut melibatkan sebelas (11) laluan utama dan lima (5) laluan pengantara. Penyusunan semula ini juga menyaksikan beberapa laluan yang digabungkan dan dipanjangkan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap berasaskan jumlah penumpang di setiap kawasan. Perubahan ini dijangka akan memberi lebih manfaat dan kemudahan kepada seluruh warga Ipoh.

Berikut disertakan butiran perubahan laluan myBAS Ipoh:

No. Bas

Laluan

Maklumat Operasi

T30a

Stesen Medan Kidd - Terminal Amanjaya

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:00pg–9.00ptg
Sabtu & Ahad: 6:00pg – 9:00ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit

T30b

Stesen Medan Kidd-Terminal Aman Jaya-Chemor

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:00pg–9.30ptg
Sabtu & Ahad: 6:30pg – 9:30ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit

T31a

Stesen Bas Medan Kidd - Tasek - Chemor

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:10pg–8.10ptg
Sabtu & Ahad: 6:10pg – 8:10ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit

T31b

Stesen Bas Medan Kidd - Tasek - Chemor via Jalan Tun Razak

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 7:10pg–9.10ptg
Sabtu & Ahad: 7:10pg – 9:10ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit

T32

Stesen Bas Medan Kidd - Tanjong Rambutan via Bercham

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:05pg–9.05ptg
Sabtu & Ahad: 6:05pg – 9:05ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit

T33a

Stesen Bas Medan Kidd - Tanjong Rambutan - Chemor

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 5:40pg–7.40ptg
Sabtu & Ahad: 5:40pg – 7:40ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit

T33b

Stesen Bas Medan Kidd - Tanjong Rambutan

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 7:00pg–9.00ptg
Sabtu & Ahad: 7:00pg – 9:00ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit

T34

Stesen Bas Medan Kidd - Stesen Bas Medan Gopeng

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:15pg–9.15ptg
Sabtu & Ahad: 6:15pg – 9:15ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 30 minit
Bukan puncak- 60 minit

T35

Stesen Bas Medan Kidd - Paser Puteh - Pengkalan Sentosa

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 5:55pg–9.55ptg
Sabtu & Ahad: 5:55pg – 9:55ptg

Kekerapan:
Waktu puncak – 30 minit
Bukan puncak- 60 minit

T36

Stesen Bas Medan Kidd - Batu Gajah - Sri Iskandar

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:00pg–9.00ptg
Sabtu & Ahad: 6:00pg – 8:00ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 30 minit
Bukan puncak- 60 minit

T37

Stesen Bas Medan Kidd - LTSAS - Taman Botani

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 5:40pg–7.00ptg
Sabtu & Ahad: 5:40pg – 7:00ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit

F100

Feeder Town Ipoh

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:30pg–8.10ptg
Sabtu & Ahad: 6:30pg – 8:10ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 20 minit
Bukan puncak- 20 minit

F101a

Stesen Bas Medan Kidd - Bercham via Taman Ipoh - Stesen Bas Medan Kidd

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:00pg–8.00ptg
Sabtu & Ahad: 6:00pg – 8:00ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit

F101b

Stesen Bas Medan Kidd - Bercham via JPJ - Stesen Bas Medan Kidd

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 7:00pg–9.00ptg
Sabtu & Ahad: 7:00pg – 9:00ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit

F102

Stesen Bas Medan Kidd - Manjoi - Buntong - Stesen Bas Medan Kidd

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:05pg–8.05ptg
Sabtu & Ahad: 6:05pg – 8:05ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit

F103

Stesen Bas Medan Kidd - Tmn Cempaka - Ampang - Stesen Bas Medan Kidd

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 5:55pg–7.55ptg
Sabtu & Ahad: 5:55pg – 7:55ptg

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan myBAS Ipoh orang ramai boleh menghubungi pengendali Perak Transit (peraktransit.com.my) di talian 05-545 5318 atau emel kepada enquiry@peraktransit.com.my atau layari laman Facebook www.facebook.com/PerakTransit/.

|Muat Turun Fail|

Media