Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

NOTIS BAS YANG MEMPUNYAI PENGGUNAAN BAHASA SALAH YANG DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Rabu, 3 Januari 2018

NOTIS BAS YANG MEMPUNYAI PENGGUNAAN BAHASA SALAH YANG DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan penjelasan bahawa notis di dalam bas seperti mana yang disebarkan melalui media sosial (gambar di bawah), tidak dihasilkan atau pun menerima kelulusan daripada Suruhanjaya. SPAD sebelum ini telah memberikan penjelasan yang sama berulang kali melalui media sosial.

 

Bagi pengetahuan umum, notis-notis seumpama itu, merupakan inisiatif sendiri pihak pengendali bas. Bagi mengelakkan situasi seperti ini berlaku, SPAD telah menasihatkan pengendali-pengendali bas untuk memastikan bahawa notis-notis yang dipaparkan adalah jelas dan tidak mengandungi kesalahan penggunaan bahasa.

Terima kasih.

kenyataan_-_notis_di_dalam_bas_ekspres_bukan_oleh_spad_3_jan_2018.pdf

Media