Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
spad integrity

Mengenai Bahagian Integriti

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Profil Bahagian Integriti

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) komited kepada piawaian integriti, telus dan tanggungjawab yang tertinggi dalam menjalankan urusan dan operasi Suruhanjaya. Kami berikhtiar untuk menjalankan amanah kami dengan beretika, bertanggungjawab dan amanah.

Menyedari komitmen ini, SPAD menyediakan peluang kepada semua pekerja, pihak berkepentingan dan orang awam untuk melaporkan sebarang pelanggaran Kod Etika SPAD atau salah laku yang diketahui atau disyaki dalam SPAD.

Mengapa Bahagian Integriti ditubuhkan?

SPAD sedang menuju ke arah menginstitusikan etika dalam Suruhanjaya. Penubuhan Bahagian Integriti sebagai satu bahagian khas yang bertanggungjawab bagi pengurusan isu-isu integriti adalah salah satu langkah ke arah memenuhi komitmen kami. Dengan melaporkan tingkah laku yang tidak beretika, anda boleh membantu kami memastikan kakitangan kami mengamalkan etika dalam pengurusan harian. Serta membantu kami dalam usaha untuk membasmi rasuah, penipuan, ketidakjujuran, kegiatan jenayah, pecah amanah dan tingkah laku lain yang tidak beretika. Kami komited untuk bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang yang boleh mencemarkan imej SPAD.

Objektif

Menjadi pusat untuk menguruskan isu-isu berkaitan integriti.

Misi

Untuk mengukuhkan budaya integriti dalam SPAD melalui pelaksanaan kaedah dan peraturan yang sedia ada.

Visi

Untuk membentuk nilai-nilai integriti dalam SPAD selaras dengan etika kerja dan nilai-nilai moral.

Bahagian Integriti