Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
spad integrity

Soalan Lazim

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Apakah Pemberian Maklumat?
Pendedahan oleh individu, sama ada kakitangan SPAD atau orang awam mengenai pihak berkuasa yang terlibat dalam salah urus, rasuah, aktiviti haram atau tingkah laku yang tidak beretika.

Apakah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010?
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 adalah untuk membanteras rasuah dan salah laku dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan yang tidak wajar dalam sektor awam dan swasta. Ia juga melindungi individu yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan. Disamping itu akta, ini juga mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.

Apakah Polisi Pemberian Maklumat SPAD?
Polisi Pemberian Maklumat SPAD menyediakan peluang bagi kakitangan SPAD untuk mendedahkan tingkah laku yang tidak beretika selaras dengannya.

Siapa pemberi maklumat?
Mana-mana kakitangan SPAD, orang ramai termasuk pelanggan atau pembekal yang membuat pendedahan terhadap pekerja SPAD mengenai tingkah laku yang tidak beretika.

Apa itu borang aduan?
Borang aduan adalah satu platform bagi pemberi maklumat untuk melaporkan aduan melalui komunikasi dalam talian kepada Bahagian Integriti. Sebagai alternatif, aduan boleh dihantar kepada Bahagian Integriti melalui telefon atau e-mel.

Siapakah yang boleh mengemukakan aduan dan bagaimana?
Jika anda seorang kakitangan SPAD atau pihak berkepentingan, laporan boleh dibuat secara terus kepada Bahagian Integriti SPAD melalui borang aduan atau e-mel kepada integrity@spad.gov.my

Apa yang boleh saya laporkan?
Laporan atau aduan yang boleh dibuat mengenai tingkah laku yang tidak beretika yang termasuk :

  • Penipuan
  • Kecurian
  • Pecah amanah
  • Konflik kepentingan
  • Salah guna harta syarikat
  • Tidak mematuhi Kod Etika SPAD

Adakah laporan saya akan dirahsiakan?
SPAD akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan perlindungan maklumat sepanjang proses laporan. Di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, pemberi maklumat dijamin tidak akan menghadapi sebarang risiko berbentuk penganiayaan, hukuman atau pembalasan daripada pegawai atasan atau pihak pengurusan. Bagaimanapun, memberikan maklumat palsu atau mengelirukan tidak akan diterima oleh SPAD dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

Siapa diperlukan untuk membantu dalam siasatan pendedahan?
Pemberi maklumat dikehendaki membantu siasatan dengan menyediakan maklumat lanjut mengenai pendedahannya.

Apa yang berlaku dengan aduan yang saya telah laporkan?
Bahagian Integriti akan mengesahkan maklumat yang diberikan. Setelah selesai, pegawai akan membentangkan hasil kajian kepada pihak berkenaan yang akan menentukan tindakan seterusnya. Jika terdapat kes, mereka akan menyerahkan kes kepada pihak yang berkenaan untuk siasatan lanjut. Jika tidak, proses ini akan berakhir di sini.

Bagaimana untuk mengetahui keputusan aduan saya?
Pengadu akan disahkan dan dihubungi dalam tempoh tiga hari bekerja selepas aduan dikemukakan. Pengadu akan dimaklumkan mengenai keputusan aduan melalui panggilan telefon, e-mel atau pemberitahuan rasmi daripada Bahagian Integriti.

Bagaimana jika siasatan mendedahkan bahawa laporan telah dibuat dengan niat jahat, adakah saya akan terjejas?
Pengadu yang melakukan perbuatan ini boleh dikenakan tindakan disiplin.

Siapa yang perlu mematuhi Kod Etika SPAD?
Semua kakitangan SPAD dikehendaki membaca, mengakui dan mematuhi Kod Etika SPAD yang selaras dengan undang-undang sedia ada.

Bahagian Integriti