Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

-A A +A

Soalan Lazim

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

APAKAH TR1Ma?

1. Apakah ‘Teksi Rakyat 1Malaysia’? Apakah manfaat TR1Ma kepada rakyat?
Teksi Rakyat 1Malaysia atau TR1Ma ialah satu inisiatif oleh SPAD untuk mencapai matlamat yang berikut:

  • Untuk meningkatkan tahap keselamatan para penumpang teksi; dan
  • Untuk memberikan bantuan kepada pemandu-pemandu teksi bagi mengurangkan beban kos penyelenggaraan, terutamanya untuk penggantian tayar.

 

2. Siapakah yang layak untuk memohon dan apakah kriteria kelayakan untuk memohon TR1Ma?

  • Pemohon mesti dari kalangan pemandu teksi bagi kelas-kelas yang berikut:
    • Teksi bajet;
    • Teksi eksekutif;
    • Kereta sewa; dan
    • Teksi lapangan terbang.
  • Mesti memiliki kad pemandu yang sah

     

    Kad pemandu adalah satu dokumen wajib yang harus dipamerkan di dalam setiap teksi. Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam kad pemandu adalah:
    • Nama pemandu;
    • Nombor kad pengenalan pemandu;
    • Tempoh sah kad pemandu;
    • Status pemandu (i.e.‘Pemandu’ atau ‘Pemandu Kedua’);
    • Nombor rujukan lesen;
    • Nombor pendaftaran kenderaan;
    • Nombor telefon pengusaha teksi; dan
    • Tempoh sah laku Kad Pemandu.

     

    (Sila rujuk lampiran 5.1 – Contoh Kad Pemandu)

  • Bantuan diberikan hanya kepada pemandu pertama sahaja
    Maklumat mengenai status pemandu boleh didapati di dalam Kad Pemandu, di mana ianya dipaparkan sebagai ‘PEMANDU’ atau ‘PEMILIK’ untuk pemandu pertama. Walau bagaimanapun, status ‘PEMILIK’ di dalam Kad Pemandu tidak layak untuk teksi milik syarikat.

    Mengapakah pemandu teksi pertama sahaja yang layak untuk memohon?
    Ini adalah untuk mengelak dari permohonan berulang dibawah program TR1Ma, hanya satu (1) teksi sahaja yang layak menerima dua (2) baucar TR1Ma. Dua (2) baucar ini boleh ditebus untuk empat (4) tayar.
    (Sila rujuk lampiran 5.1 - Contoh Kad Pemandu)

 

3. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan TR1Ma?

  • Satu (1) salinan Kad Pemandu beserta kad asal untuk pengesahan;
  • Satu (1) salinan Kad pengenalan beserta kad asal untuk pengesahan; dan
  • Borang permohonan diisi dengan menyatakan saiz tayar, jenis tayar dan pembekal tayar pilihan.

 

4. Adakah pemandu teksi masih boleh memohon TR1Ma jika Kad Pemandu mereka telah tamat tempoh?
Tidak boleh. Pemandu teksi perlu memiliki Kad Pemandu yang masih sah sebelum membuat permohonan TR1Ma. Jika Kad Pemandu telah tamat tempoh, pemandu teksi dinasihati agar memperbaharui Kad Pemandu masing-masing di Pejabat Wilayah Tengah SPAD atau pejabat-pejabat wilayah SPAD yang ditetapkan.

5. Kemanakah pemandu teksi perlu tuju untuk memohon atau memperbaharui Kad Pemandu?
Pemandu teksi hendaklah menuju ke salah satu pejabat SPAD (wilayah atau daerah) yang berikut:

  • Pejabat Wilayah Tengah SPAD, Wilayah Persekutuan, Putrajaya
    Level 4, Blok Podium,
    No.18, Persiaran Perdana, Presint 2,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62652 Putrajaya.
  • Pejabat Wilayah Utara SPAD, Sungai Petani, Kedah
    Lot 173 and 174,Taman Ria Jaya,
    Jalan Kelab Cinta Sayang,
    08000 Sungai Petani,
    Kedah.
  • Pejabat Wilayah Timur SPAD, Kuala Terengganu, Terengganu
    Wisma LPKP, Lot 2182,
    Jalan Bukit Kecil,
    21100 Kuala Terengganu,
    Terengganu.
  • Pejabat Wilayah Selatan SPAD, Muar, Johor.
    Lot 391, KM 7.2, Parit Bunga,
    Jalan Tangkak,
    84000 Muar,
    Johor.

 

6. Adakah pemandu teksi layak untuk memohon TR1Ma jika dia tidak memiliki Kad Pemandu?
Tidak. Kad Pemandu adalah salah satu dokumen wajib untuk permohonan TR1Ma. Pemandu teksi hendaklah memohon Kad Pemandu daripada Pejabat Wilayah Tengah SPAD atau pejabat-pejabat wilayah SPAD yang lain untuk pemprosesan dan pencetakan Kad Pemandu sereta-merta.

7. Apakah dokumen yang perlu dilampirkan kepada pegawai SPAD untuk perbaharuan Kad Pemandu?
Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan adalah:

  • Dua (2) keping gambar berukuran passport;
  • Lesen memandu asal beserta dua (2) keping salinan;
  • Bayaran RM5.00 untuk permohonan baru/pembaharuan; dan
  • Surat pengesahan daripada pengusaha teksi (bukti pemohonan sebagai pemandu pertama) - jika pemandu teksi bukan pemegang permit individu.

8. Sekiranya teksi pertama atau operator teksi menukar kepunyaan teksi kepada pemandu kedua, adakah pemandu kedua layak untuk memohon TR1Ma?
Perkara ini adalah tertakluk kepada surat pengesahan yang diberikan oleh pemandu pertama atau operator teksi kepada pemandu kedua (sebagai bukti pernyataan kepada pemandu pertama).

9. Berapakah nilai baucar TR1Ma (nilai dalam Ringgit Malaysia) dan berapakah baucar yang akan diberikan kepada setiap pemandu? Hanya pemandu pertama sahaja yang layak untuk menerima dua (2) baucar yang bernilai RM260 setiap satu. Setiap baucar layak untuk ditukar dengan dua (2) biji tayar dan tempoh sah laku adalah selama enam (6) bulan dan bermula dua (2) minggu dari tarikh permohonan baucar.

10. Apakah jenama dan saiz tayar yang dibenarkan untuk program TR1Ma?
Baucar TR1Ma boleh ditebus dengan saiz tayar yang dikehendaki berjenama Goodyear dan Continental sahaja. Jika nilai tayar yang ditebus melebihi nilai yang tertera di baucar (RM520 untuk 4 biji tayar), pemandu hendaklah menanggung kos selebihnya. SPAD tidak bertanggungjawab di atas lebihan caj.

11. Mengapakah program TR1Ma ini hanya melibatkan teksi? Mengapakah lori dan bas tidak termasuk di dalam program ini?
Merujuk kepada objektif-objektif TR1Ma, program ini adalah untuk memperbaharui tahap keselematan pengangkutan teksi dan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan teksi.

12. Jika baucar TR1Ma telah tamat tempoh, adakah pemandu teksi dibenarkan untuk menukar tayar?
Tidak boleh. Sahlaku baucar TR1Ma dan penukaran tayar adalah sebelum atau pada 30 September 2014;

13. Jika pemandu Pertama tidak dapat menukar tayar, bolehkah pemandu Kedua, Ketiga, Keempat atau Kelima menebus baucar bagi pihak pemandu Pertama?
Tidak boleh. Hanya pemandu pertama sahaja yang dibenarkan untuk memohon TR1Ma sebagai wakil untuk teksi.

14. Adakah permohonan TR1Ma akan dibuka untuk jenis kenderaan lain pada masa hadapan?
Perkara ini merujuk kepada inisiatif yang menanti kelulusan oleh Kerajaan.

15. Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang terjumpa baucar TR1Ma yang hilang atau tercicir?
Baucar TR1Ma tersebut hendaklah dikembalikan kepada pihak SPAD di mana-mana pejabat wilayah SPAD terdekat untuk memeriksa siapakah empunya baucar yang sepatutnya. Baucar tidak boleh dipindah milik kerana baucar telah didaftarkan dengan maklumat pemandu teksi yang memilkinya.

16. Mengapakah hanya Goodyear dan Continental menjadi pilihan pembekal tayar untuk TR1Ma?
SPAD telahpun melantik dua (2) pembekal tayar yang layak untuk program TR1Ma ini, iaitu Goodyear dan Continental atas sebab mereka telah setuju untuk menghasilkan tayar buatan tempatan bagi program TR1Ma ini.

17. Apakah tanggungjawab peniaga tayar di dalam program TR1Ma ini?

  • Mengumpul dan mengesahkan baucar TR1Ma yang diterima daripada pemandu-pemandu teksi, dan
  • Menukar tayar mengikut pilihan jenama tayar dan saiz tayar seperti yang tercatat pada baucar.

 

18. Bagaimanakah peniaga tayar memeriksa dan memastikan bahawa pemandu teksi hadir ke bengkel yang betul untuk menukar tayar?
Maklumat berkenaan peniaga tayar pilihan dan kod peniaga akan dicetak pada baucar TR1Ma, dimana baucar akan mengandungi maklumat-maklumat yang berikut:

  • Nama pemandu;
  • Nombor Kad Pemandu;
  • Nombor kad pengenalan pemandu;
  • Saiz tayar
  • Jenama tayar
  • Kod peniaga; dan
  • Tempoh sahlaku baucar.

19. Adakah terdapat jumlah yang ditetapkan bagi pemandu teksi untuk hadir ke setiap bengkel peniaga tayar?
Hanya pemandu pertama sahaja yang layak untuk menerima dua (2) baucar yang bernilai RM260 setiap satu. Setiap baucar layak untuk ditukar dengan dua (2) biji tayar dan perlu ditukar sebelum atau pada 30 September 2014;

20. Sekiranya pemandu teksi menjumpai laman web, blog dan/atau medium berkaitan dengan program TR1Ma, adakah mereka perlu merujuk kepada sumber-sumber tersebut?
Pemandu teksi dinasihatkan agar untuk merujuk kepada sumber-sumber SPAD seperti berikut:

  • Laman web SPAD (www.spad.gov.my);
  • Akhbar-akhbar harian utama; dan
  • Pusat-pusat pengedaran baucar TR1Ma.