Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

-A A +A

SPAD ARAH PENAMBAHBAIKAN SISTEM MONOREL

Printer-friendly versionSend by emailPDF version
Friday, 17 August 2012

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2012 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D. atau Suruhanjaya) setelah meneliti laporan awal ingin menjelaskan bahawa kejadian ini bukanlah berpunca daripada lebihan muatan kerana masa kejadian, gerabak membawa seramai 183 penumpang yang masih dibawah kapasiti normal iaitu 218 penumpang. Masalah berpunca daripada bekalan kuasa pada circuit breaker, yang menyebabkan ‘Auxillary Power System’ gagal berfungsi.

Lanjutan dari laporan ini, S.P.A.D. mengarahkan agar pihak Prasarana menyemak semula Tatacara Pengendali Piawai (Standard Operating Procedures) bagi latihan tindakan kecemasan dan penyelesaian masalah teknikal yang komprehensif agar keselamatan dan keselesaan penumpang sentiasa terjamin.

Ini adalah ekoran dari kejadian monorel yang terhenti secara tiba-tiba selepas kehilangan kuasa berdekatan Stesen Monorel Tun Sambanthan Sabtu lalu.

S.P.A.D. juga meminta Prasarana untuk memastikan agar sistem tingkap pengudaraan dapat berfungsi jika berlaku kegagalan bekalan kuasa disamping melakukan kajian bagaimana tingkap tren dapat dibuka jika system penghawa dingin gagal berfungsi.