Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

-A A +A

SPAD Buka Pejabat di Pulau Pinang

Printer-friendly versionSend by emailPDF version
Wednesday, 20 February 2013

KENYATAAN MEDIA

 

 

S.P.A.D. BUKA PEJABAT DI PULAU PINANG

 

PULAU PINANG, 20 FEBRUARI 2013 – Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan
pengangkutan awam darat di Negara ini, S.P.A.D. hari ini telah membuka secara rasmi
sebuah sebuah pejabat di Negeri Pulau Pinang. Perasmian telah disempurnakan
oleh Pengerusi S.P.A.D., Tan Sri Syed Hamid Albar.

Pembukaan pejabat baru ini membuktikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(S.P.A.D.) sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada
pemegang berkepentingan.

Pejabat baru ini yang terletak di kawasan Bayan Baru dan ia bakal memberikan
kemudahan kepada lebih 7 ribu pengendali pengangkutan awam darat di Pulau
Pinang. Pejabat ini juga berperanan untuk membantu dalam perancangan pengangkutan
bersepadu dan merangka strategi pengurusan trafik selain daripada merancang pelan
prasarana pengangkutan awam untuk penduduk Pulau Pinang.

Menurut Syed Hamid, “sebelum ini, pengendali pengangkutan awam di Pulau Pinang
terpaksa pergi ke pejabat S.P.A.D. di Sungai Petani untuk berurusan. Ini telah
menyebabkan pengendali terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk
berurusan dengan S.P.A.D.  Kini urusan pelesenen boleh dilakukan di pejabat
S.P.A.D. yang serba baru dan mempunyai banyak tempat letak kereta.  
Walaubagaimanapun, pejabat S.P.A.D. di Sungai Petani masih beroperasi seperti biasa”.

Antara urusan yang boleh dilakukan di pejabat baru ini adalah memohon lesen baru,
membaharui lesen, menukar syarat permit, memohon Lesen Perubahan Sementara dan
kad pemandu.

Dengan pembukaan pejabat ini, S.P.A.D. kini mempunyai enam pejabat utama
iaitu di Platinum Sentral (Kuala Lumpur), Putrajaya, Sungai Petani, Muar, Kuala
Terengganu dan Pulau Pinang.

“Kepada orang awam, anda boleh datang ke pejabat ini jika ingin membuat
sebarang aduan atau mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam darat.
Sumbangan idea dan maklumat dari orang awam amatlah dialu-alukan dalam usaha
S.P.A.D. mentransformasikan lanskap pengangkutan awam darat Pulau Pinang ini,
khasnya”, tambah Syed Hamid lagi.

Alamat Pejabat S.P.A.D., Negeri Pulau Pinang:

One Precinct,
1C-1-01, Lengkok Mayang Pasir,
11950 Pulau Pinang
Tel: 04 - 640 4770
Fax: 04 - 640 4777