Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

-A A +A

SKIM PERLINDUNGAN INSURANS MURID SEKOLAH - SOALAN LAZIM

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

SOALAN LAZIM

 

No.

Soalan

Jawapan

1

Apakah Skim Perlindungan Insurans Pelajar-Pelajar Sekolah S.P.A.D. ?

 

Skim Perlindungan Insurans Murid-Murid Sekolah adalah skim perlindungan insuran kemalangan berkelompok takaful untuk murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

2

Apakah tujuan Skim Insurans ini?

Dibawah pengumuman Bajet 2013, kerajaan mengambil berat akan keselamatan murid-murid sekolah yang menaiki bas ke sekolah berikutan kualiti bas sekolah yang kurang memuaskan.

 

Sebagai satu titik permulaan untuk mentransformasikan industri bas sekolah, skim perlindungan ini disediakan bagi membantu murid atau keluarga pelajar bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

3

SIapakah yang layak untuk mendapat perlindungan Skim Insurans ini?

Semua murid-murid sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

4

Berapa lamakah tempoh perlindungan Skim Insurans ini?

Skim perlindungan insurans  murid-murid sekolah berkuatkuasa selama SETAHUN mulai 2 Januari 2013 dan akan berterusan sehingga 1 Januari 2014.

5

Apakah faedah-faedah yang diperolehi melalui Skim Insurans ini?

Kematian akibat kemalangan

RM 100,000

Hilang keupayaan kekal

Sehingga  RM 100,000

Bayaran perubatan

RM 3,000

Elaun tunai hospital

RM 100/sehari sehingga 30 hari

Khairat kematian

RM 2,500

 

6

Apakah skop perlindungan Skim Insurans ini?

Kemalangan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan ke atas murid-murid sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia semasa menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

 

Perlindungan ini meliputi aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum tambahan yang disahkan oleh pengurusan tertinggi sekolah.

7

Sejauh manakah liputan kawasan  bagi perlindungan Skim Insurans ini?

Seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand

8

Apakah prosedur tuntutan Insurans, sekiranya berlaku kemalangan?

1.  Apabila berlaku kemalangan, waris atau murid-murid atau operator bas boleh memberi makluman awal melalui telefon (hotline SPAD: 1800 88 7723, hotline Takaful : 1300-88 -25 2385) , email kepada insurans@spad.gov.my (S.P.A.D.), fms.lpkpsabah.gov.my (LPKP Sabah), fms.lpkpsarawak.gov.my (LPKP Sarawak), halim.mohamad@takaful-malaysia.com.my , atau surat kepada S.P.A.D./LPKP dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)

 

S.P.A.D.:

Bahagian Tuntutan Skim Insuran Murid-Murid Sekolah,

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,

Blok D, Platinum Sentral,Jalan Stesen Sentral 2,

Kuala Lumpur Sentral,

50470 Kuala Lumpur.

Tel: 603-2726 7000 (7317 or 7072)

 

STMB:

Jabatan Perniagaan Korporat,

Syarikat Takaful Malaysia Berhad,

Tingkat 26, Blok Annex,

Dataran Kewangan Darul Takaful,

No. 4, Jalan Sultan Sulaiman,

50000 Kuala Lumpur.

Peti Surat 11483,

50746 Kuala Lumpur.

Tel: 603-2268 1984 (215 or 679)

 

LPKP Sabah:

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah,

Tingkat 3, Blok E, Kompleks KWSP,

49, Jalan Karamunsing,

88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088 - 238244

 

LPKP Sarawak:

Lot 421-422, Jalan Nanas,

93400 Kuching, Sarawak

Tel: 082-412 033

 

  1. Borang Tuntutan boleh didapatkan dari pejabat atau laman sesawang S.P.A.D www.spad.gov.my  dan Syarikat Takaful Malaysia www.takaful-malaysia.com.my. Borang tuntutan boleh diperolehi daripada pejabat S.P.A.D, pejabat LPKP, pejabat pelajaran daerah (PPD), dan pejabat STMB.
  2.  
  3. 3.    IbuBapa / Pelajar/ Penjaga mesti melengkapkan maklumat pada borang tuntutan, Lampiran A dan menyertakan segala dokumen sokongan mengikut jenis tuntutan yang diminta dengan merujuk kepada Ruangan : JENIS TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN.
  4.  
  5. 4.    Borang Kredit Terus mesti dilengkapkan untuk kes tuntutan bagi Manfaat Hospital dan Khairat Kematian.

 

5.    Borang dan dokumen tuntutan yang telah lengkap diisi harus dikemukakan kepada Guru HEM/Guru Besar sekolah untuk tujuan pengesahan murid-murid tersebut disahkan berdaftar di sekolah berkaitan.

 

6.    Pelajar atau waris boleh terus menghantar kepada Jabatan Perniagaan Korporat di Ibu Pejabat atau melalui cawangan-cawangan Takaful Malaysia (TMCC –Takaful myCare Centre) yang berhampiran. Kecuali negeri Perlis boleh terus ke TMCC  Alor Setar atau berhampiran dengannya. Pelajar atau waris boleh juga menghantar kepada pejabat S.P.A.D., pejabat LPKP dan sekolah.

 

  1. Pihak STMB akan membuat keputusan dan pembayaran akan dilakukan selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh penyerahan dokumen lengkap

 

 

Lain-lain soalan

9

Perlukah pengusaha bas sekolah mengambil insurans yang sedia ada setelah Skim Perlindungan Insurans Pelajar-Pelajar Sekolah S.P.A.D. ini berkuatkuasa?

Pengusaha bas sekolah perlu mengambil insurans seperti biasa. Inisiatif ini adalah inisiatif tambahan daripada Kerajaan selain skim insurans yang telah sedia ada.

10

Apakah perbezaan Skim Insurans ini berbanding dengan skim insurans yang sedia ada?

Pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas sekolah berlesen akan dilindungi dengan tiga (3) skim insurans, iaitu:

 

  1. Skim Insurans Takaful Pelajar yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

 

  1. Skim Insurans Penumpang yang disediakan oleh pengusaha bas sekolah

 

  1. Skim Insurans Takaful Pelajar S.P.A.D.

 

Sekiranya kemalangan berlaku, pelajar berhak untuk menuntut ketiga-tiga skim ini.

 

Perbezaan skim lain dengan Skim S.P.A.D.:

 

  1. Amaun faedah yang lebih tinggi (sehingga RM100 ribu).
  2. Tempoh pembayaran tuntutan kurang daripada 14 hari bekerja.
  3. Tidak perlu melalui keputusan mahkamah.

11

Apakah faedah yang akan diterima oleh pengusaha bas sekolah berlesen melalui perlaksanaan skim ini?

Dengan pengenalan dan perlaksanaan skim ini, ibu-bapa dan pengurusan sekolah akan menitik-beratkan penggunaan bas sekolah yang berlesen. Secara tidak langsung, permintaan bas sekolah berlesen akan bertambah lantas meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha bas sekolah.

12

Perlukah ibu-bapa membayar sebarang premium tahunan bagi mendapatkan skim perlindungan insurans ini?

Tiada bayaran di perlukan kerana skim ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dibawah kawal seliaan S.P.A.D.

13

Apakah yang dimaksudkan dengan bas sekolah berlesen dengan S.P.A.D. & LPKP?

 

Bas sekolah yang berlesen dengan S.P.A.D. dan LPKP bermaksud:

 

a.    Bas sekolah yang mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh S.P.A.D. dan LPKP

b.    Bas sekolah yang sah mestilah berwarna “AMBER”/Kuning atau warna-warna korporat yang dibenarkan oleh S.P.A.D dan LPKP

c.    Terdapat 3 jenis bas sekolah iaitu bas sekolah bersaiz kecil (berkapasiti 8-17 tempat duduk), bas sekolah bersaiz sederhana (berkapasiti 18-32 tempat duduk) dan bas sekolah bersaiz besar (berkapasiti 33-44 tempat duduk).

14

Adakah kebarangkalian berlaku kenaikan tambang dengan pengenalan Skim Insurans ini?

Tiada sebarang kenaikan tambang.

 

Kadar yuran semasa bas sekolah adalah seperti berikut:

 

Kawasan / Kadar

Bandar

Luar Bandar

Bayaran bulanan untuk perjalanan pergi-balik sekolah

 

 

- Bagi kilometer pertama

RM27.43

RM20.61

- Setiap kilometer berikutnya

RM2.02

RM2.02

Bayaran harian untuk perjalanan pergi-balik sekolah

 

 

- Bagi kilometer pertama

RM0.62

RM0.47

- Setiap kilometer berikutnya

RM0.05

RM0.05

 

15

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya anak saya menaiki bas sekolah yang tidak berlesen (beroperasi secara haram)?

Ibubapa perlu:

  1. Melaporkan perkara ini kepada unit aduan SPAD atau LPKP dengan butiran terperinci seperti berlaku dikawasan mana, nombor pendaftaran kenderaan, dan sebagainya.

 

  1. Melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah.

16

Adakah pelajar di Taska/’Kindergarten” dilindungi dibawah skim insurans ini?

Pelajar di Taska atau ‘Kindergarten’ tidak dilindungi oleh Skim Insurans ini kerana  tidak tergolong dibawah definasi murid-murid sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Walaubagaimanapun, pelajar ini dilindungi oleh insurans yang disediakan oleh pengusaha bas sekolah yang berlesen.

17

Apakah Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) yang dikawalselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) mula dilaksanakan pada 4 Disember 1995. TPSM ini melindungi lebih lima juta murid pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Skim ini menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.

 

Perlindungan skim terdiri daripada:

  1. Kematian berlaku dalam tempoh 12 bulan bersabit kecederaan tubuh badan akibat daripada kemalangan.
  2. Lumpuh berkekalan seluruh badan akibat kemalangan.
  3. Terpisah atau putus anggota dari badan atau kehilangan penglihatan akibat kemalangan seperti berikut:

-      Kedua-dua belah tangan diatas pergelangan atau

-      Kedua-dua belah kaki diatas buku lali atau

-      Kehilangan kekal penglihatan yang berkekalan kedua-dua belah mata,akibat kemalangan

-      Jika kehilangan hanya satu daripada mana-mana anggota badan dalam (a), (b) & (c) diatas, maka amaun manfaatnya adalah sebanyak 50% daripada RM 15,000.

  1. Khairat kematian, mati akibat sakit biasa.
  2. Elaun wang tunai hospital bagi setiap hari selama tempoh dimasukkan ke Hospital Kerajaan/Swasta disebabkan oleh kemalangan sehingga maksima 60 hari berturut-turut mulai daripada tarikh masuk wad.

 

 

Klik pautan untuk:

Prosedur Tuntutan

Borang dan Dokumen Tuntutan

Senarai Cawangan Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Senarai pengendali bas sekolah Semenanjung Malaysia

Borang Tuntutan Skim Insurans Murid Sekolah SPAD: borangtuntutanskiminsuransmuridsekolahspad.pdf

Carta Aliran Proses Tuntutan Insurans Murid Sekolah SPAD: cartaalirantuntutaninsuransspad.pdf