Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

MAJLIS PECAH TANAH TERMINAL BERSEPADU KAMPAR

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pada 14 Februari 2017, YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, telah menghadiri Majlis Perasmian Pelancaran 'Permulaan Kerja' Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Kampar (TPBK), Perak yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Terminal Pengangkutan Bersepadu Kampar ini akan memainkan peranan sebagai terminal bagi perkhidmatan bas ekspres, bas berhenti-henti dan kereta sewa. Terletak 5km dari Stesen Bas Kampar yang sedia ada, pembinaan terminal ini dialu-alukan dan dijangka akan menampung permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat di Kampar. Terminal tersebut yang dikelilingi dengan pusat pengajian tinggi swasta seperti Universiti Tun Abd Rahman, Kolej Tunku Abd Rahman dan West Lake International School yang dianggarkan mempunyai jumlah pelajar keseluruhan seramai 30,000 orang. Lokasi strategik terminal ini dijangka akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih selesa dan lebih mudah bagi pelajar-pelajar.

TPBK yang mempunyai keluasan 7,714 meter persegi (atau 83,032 kaki persegi), direka bagi menampung 30 perjalanan bas ekspres dan 735 penumpang, bagi setiap 1 jam. Terminal ini akan dilengkapi dengan 10 ruang bas (bus bays), 20 ruang teksi dan 12 kaunter tiket; serta dijangka akan mengambil alih peranan Stesen Bas Ekspres Kampar yang sedia ada apabila siap kelak. Sehubungan itu, syarikat-syarikat bas yang sedang beroperasi di stesen sedia ada seperti Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Sri Maju Sarata, Grassland Ekspres, Edaran Ekspres dan Kurnia Bistari Ekspres, dijangka akan berpindah ke TPBK.

Konsep pembinaan TPBK yang digunakan adalah 'pembangunan bercampur' yang akan menawarkan pusat akuatik, hotel, dewan, panggung wayang, pusat hiburan, kelab sukan dan kesihatan, hospital pergigian dan terminal bas. Selain daripada itu, terminal baru ini akan menyediakan kemudahan seperti surau, kedai-kedai, kafe dan parkir kereta awam.

Pembinaan TPBK yang telah pun bermula pada Februari 2017 akan mengambil masa selama 18 bulan dan dijangka siap pembinaan sepenuhnya pada 31 Disember 2018.