Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PENINGKATAN OPERASI PENGUATKUASAAN SPAD BERJAYA MEMBERI IMPAK SEMASA TAHUN BARU CINA

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Sejajar dengan peningkatan perjalanan balik kampung sempena musim Tahun Baru Cina 2017 yang lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya. Operasi ini dilakukan bagi memastikan pengguna pengangkutan awam darat menikmati perjalanan yang selesa dan selamat tiba ke destinasi mereka.

Anggota penguatkuasa SPAD telah mempergiatkan pemeriksaan kaunter jualan tiket, pemantauan terhadap ulat tiket dan terminal, pemeriksaan dokumen di terminal bas dan melakukan rondaan di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti. Anggota penguatkuasa SPAD juga turut menjalankan operasi penyamaran bagi memantau pematuhan keselamatan dan tingkah laku pemandu bas ekspres. Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah dijalankan dari 21 Januari hingga 5 Februari dan melibatkan operasi 24 jam sehari bermula 27 Januari hingga 1 Februari 2017. 

Selari dengan usaha-usaha tersebut, Bahagian Operasi SPAD telah menyampaikan surat daripada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Pengerusi SPAD, kepada semua syarikat bas ekspres bagi memperingatkan tanggungjawab mereka untuk menjamin keselamatan penumpang sebelum memulakan perjalanan bas ekspres bagi musim perayaan Tahun Baru Cina.

Aktiviti penguatkuasaan seperti yang telah dilakukan pada musim perayaan Tahun Baru Cina, adalah satu cara untuk memberi kesedaran dan pengajaran kepada Pengusaha Syarikat Pengangkutan, pemandu, pengguna-pengguna pengangkutan awam darat dan masyarakat secara amnya. Untuk menghalang perlanggaran peraturan dan memastikan tahap perkhidmatan pengangkutan yang terbaik, ianya memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak. Oleh itu, pengendali dan kapten bas telah diperingatkan bahawa mereka memainkan peranan yang amat penting di dalam memastikan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain. Selain daripada mematuhi peraturan keselamatan yang digariskan di dalam Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP), pengendali perlu memastikan pemandu sentiasa mematuhi had laju yang dibenarkan pada setiap masa.