Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PROJEK NAIK TARAF LANDASAN BERKEMBAR LEMBAH KLANG (KVDT) MENGIKUT JADUAL

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Projek KVDT merupakan projek menaik taraf yang sedang dilaksanakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan peruntukan daripada Kerajaan berjumlah RM1.410 billion. Kerja-kerja menaik taraf ini perlu dilaksanakan oleh KTMB sebagai langkah untuk memastikan kesemua perkhidmatan tren dapat beroperasi dengan lancar dan mampu memberi perkhidmatan yang lebih mampan kepada pengguna di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang.

Sehubungan itu, pada 24 Februari 2017, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), bersama barisan pegawai SPAD, KTMB, pihak kontraktor Dhaya Maju Infrastructure Asia Sdn. Bhd. (DMIA) dan rakan media telah mengadakan tinjauan dan diberikan taklimat terhadap projek tersebut bagi pakej fasa 1 antara Rawang – Kuang.

Antara skop projek KVDT termasuk menaik taraf landasan berkembar sepanjang 42km antara Rawang – Salak Selatan, sistem elektrifikasi, sistem persemboyanan dan menaik taraf kemudahan bagi 16 stesen.

Menurut Encik Mohd Azharuddin, “Walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana faktor cuaca dan teknikal, saya yakin projek KVDT ini akan siap mengikut jadual”. Menurutnya lagi, ketika ini kira-kira 100 ribu penumpang menggunakan perkhidmatan tren setiap hari. KTMB menyasarkan jumlah itu akan meningkat lima peratus pada setiap tahun dan akan terus meningkat sebaik projek ini siap. 

Projek KVDT ini telah bermula pada 2 November 2015 dan dijangka siap pada 1 November 2019. Apabila siap, KTMB juga akan meningkatkan kekerapan perkhidmatan dari 15 minit kepada 7.5 minit dan penumpang akan dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa.  Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai projek KVDT ini, sila klik disini http://www.spad.gov.my/ms/pengangkutan-awam-darat/rel/projek-naik-taraf-landasan-berkembar-lembah-klang-kvdt.