Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
meter on

Aplikasi MeterOn

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Adakah anda seorang pengguna teksi? Inginkan perkhidmatan teksi yang lebih baik? Penyelesaian kini di tangan anda!

Aplikasi MeterOn direka untuk membantu pengguna menyemak dan mengesahkan status pemandu teksi sebelum memulakan perjalanan. Dengan hanya memasukkan nombor pendaftaran teksi, penumpang boleh mengesahkan pemandu, memeriksa kesalahan semasa, dan melihat maklum balas serta pengalaman penumpang lain yang telah menaiki teksi tersebut.

Dengan aplikasi MeterOn, penumpang juga boleh menjejaki perjalanan, mendapatkan anggaran tambang, dan menghantar isyarat kecemasan SOS. Laporan juga boleh dibuat sekiranya pemandu teksi melakukan kesalahan dengan aplikasi MeterOn.

Muat turun aplikasi percuma ini dan pantau perjalanan teksi anda. Buat penilaian dan ulasan tentang pengalaman perjalanan anda dengan aplikasi MeterOn.

Aplikasi MeterOn boleh dimuat turun di sini   image image

image

Aplikasi ini mempunyai 6 ciri utama:

1. Pengesahan Pemandu

Penumpang boleh membuat pengesahan dengan memasukkan nombor pendaftaran teksi. Nombor pendaftaran teksi yang berdaftar akan membolehkan pengguna menyemak maklumat terperinci pemandu, sebarang kesalahan pemandu dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 APAD (2010), dan maklumbalas/aduan daripada pengguna lain terhadap pemandu teksi tersebut. Aduan juga boleh terus dilakukan sekiranya teksi yang dinaiki dipandu oleh individu yang tidak berdaftar.

2. Penjejak Perjalanan

Penumpang boleh menjejaki dan berkongsi lokasi perjalanan dengan kenalan rapat sehingga selamat sampai ke destinasi.

3. Anggaran Tambang

Penumpang boleh mendapatkan anggaran tambang perjalanan setelah mengisi destinasi asal dan destinasi yang ingin dituju. Anggaran tambang hanya diberikan hanya berdasarkan penggunaan meter bagi Teksi Bajet, TEKSIM, Premier dan Eksekutif sahaja. Bagi kelas Teksi Lapangan Terbang, tambang adalah berdasarkan tambang zon yang ditetapkan oleh terminal.

4. Penilaian Pemandu

Penumpang boleh menilai pemandu berdasarkan pengalaman perjalanan mereka sendiri dan boleh melaporkan terus sekiranya meter tidak digunakan sepanjang perjalanan. Ini dapat dilakukan apabila penumpang menekan butang tamat perjalanan.

5. Isyarat Kecemasan (SOS)

Sekiranya terdapat kecemasan, penumpang boleh menghantar mesej yang telah dilengkapi dengan butir-butir perjalanan (maklumat teksi dan pemandu, lokasi semasa, dan destinasi) kepada kenalan rapat. Aplikasi mudah alih MeterOn juga membolehkan penumpang untuk membuat panggilan kecemasan kepada kenalan rapat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Hotline SPAD.

6. Maklumbalas/Aduan

Penumpang boleh melaporkan kepada SPAD sekiranya perkhidmatan teksi yang diberikan tidak mencapai tahap yang memuaskan. Maklum balas dan aduan segera boleh dilakukan kepada SPAD melalui aplikasi ini. Tindakan serta-merta akan diambil kepada pemandu teksi dan pengendali teksi yang melanggar APAD 2010.
FAQ

Pengangkutan Awam Darat