Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

KERAJAAN MELANJUTKAN INSENTIF DISKAUN 30% BAGI PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS ANTARA BANDAR

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Isnin, 29 Februari 2016

KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2016 – Kerajaan akan melanjutkan diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016. 

Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur. Disamping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka. 

Pengguna yang berminat boleh membeli pas bulanan daripada pengendali pilihan, seperti tertera di jadual yang berikut: 

LALUAN

SEREMBAN-KL

KLANG –KL

RAWANG-KL

(oleh Setara Jaya Sdn. Bhd.)

SYARIKAT PENGENDALI /PERKHIDMATAN

SKS-KL

SUASANA EDARAN & SKB

*LALUAN KHAS (oleh SKS KL

HANDAL CERIA, SERANAS, WAWASAN SUTERA & KENDERAAN KLANG BANTING

LALUAN BIASA

**BET 5 & BET 6 Dari Bandar Tasik Puteri / Bukit Beruntung

BET 5

Dari Country Home

SEBELUM
Diskaun

RM210.00

RM220.00

RM250.00

RM130.00

RM104.00

RM154.00

RM132.00

SELEPAS 30% Diskaun

RM147.00

RM154.00

RM175.00

RM91.00

RM73.00

RM108.00

RM92.00

Nota :
*LALUAN KHAS : Perkhidmatan langsung dari dan ke Terminal – Kawasan Pejabat / Kawasan Perumahan ke Pejabat 
**BET 5: Bandar Tasik Puteri – Country Home – Kuala Lumpur
BET 6: Bukit Beruntung – Kuala Lumpur  

Diskaun ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, dan ianya terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur. Borang aplikasi boleh dimuat turun melalui www.spad.gov.my. Di samping itu, borang aplikasi juga boleh didapati di kaunter tiket pengendali bas yang yang ditetapkan sepertimana dalam jadual diatas. 

|Muat Turun Fail | Muat Turun Borang|

Media